Selasa, 29 Jun 2010

Pelajar Baru KPL-SPM dan KPLI 2010

Selamat datang kami ucapkan kepada pelajar baru IPG bagi program KPL-SPM dan KPLI sesi kemasukan Jun 2010. Kami berharap anda menunjukkan sikap cemerlang dan kesungguhan belajar dengan prestasi yang baik.

Mulakan hidup baru dengan semangat baru dan gaya baru.

Khamis, 13 Mei 2010

KPL - SPM 2010

Sekitar 100, 000 orang lepasan SPM memohon untuk menjadi guru keluaran IPG. Daripada jumlah itu, hanya sebilangan kecil sahaja bakal ditawarkan kursus PPISMP 2010.

Jumlah permohonan yang memberangsangkan ini sudah tentu amat menggembirakan. Oleh sebab sekitar 5,000 orang bakal ditawarkan, sudah tentunya pihak penemuduga mempunyai banyak pilihan. Diharapkan, mereka yang berkualiti sahaja ditawarkan.

Sejarah sebelum ini, ada pelajar tidak berkualiti ditawarkan. Mereka kurang berminat menjadi guru menyebabkan mereka sengaja membuat pelbagai helah. Mereka dipaksa oleh ibu bapa agar memilih kerjaya guru, sedangkan hati tidak berkenan. Tugasan yang dihantar sangat tidak memuaskan.

Apabila bertemu dengan pelajar yang bermasalah, saya selalu berkata, "Penemuduga manakah yang ambil budak ini," "Kalau yang terpilih ini pun berperanggai buruk, macam manalah mereka yang tidak terpilih."


Sabtu, 17 April 2010

Pengarah Ipg

Mengapakah setiap kali pengarah baharu IPG dilantik, semuanya datang dari JPN atau Sekolah. Puratanya mereka yang pernah jadi ketua sektor di JPN. Setakat saya berkhidmat di IPG, amat jarang pengarah atau timbalan pengarah dilantik daripada kakitangan IPG sendiri.

memang cara ini tidak adil. Ada pengarah baru itu datang membawa budaya sekolah ke IPG

BPG Tindas Pensyarah IPG

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG) menindas pensyarah di IPG. Ramai pensyarah muda dinafikan hadiah pergerakan kenaikan pangkat akibat perubahan struktur IPG.

Pada tahun 2009, ramai pensyarah lama gred 48 dinaikan ke gred 54. Janji BPG, semua pensyarah akan diberikan hadiah kenaikan 1 gred dari gred asal. Namun, setelah perjawatan fasa 1 dan 2 selesai, maka kami ditinggalkan oleh pengurus yang sepatutnya. Ini kerana pengurus asal telah dapat menikmati perubahan skim dan beralih angin, menyebabkan urusan yang belum selesai itu dibiarkan begitu sahaja.

Berfikirlah, mereka yang mahu ke IPG. Realiti tidak seperti disangkakan. Di sini kenaikan pangkat lagi susah berbanding di sekolah. Kalau tidak percaya, pergilah meninjau mereka yang baharu jadi pengarah IPG, semua datang dari sekolah / JPN.

Anda masuk barulah anda tahu nasib malang itu.

Khamis, 25 Februari 2010

KPM TINDAS PENSYARAH

Apabila kerajaan melalui kementerian memotong bajet, banyak kesukaran kami hadapi. Aktiviti pelajar tergendala dan tak dapat diteruskan. Demikian, aktiviti pensyarah terpaksa buat ala kadar saja - sebab ketiadaan bajet. Pensyarah yang menjalankan kerja luar seperti kursus, arahan kerja, mengiringi pelatih dan penyeliaan praktikum dilarang membuat tuntutan perjalanan dan elaun-elaun lain. Mereka dikehendaki mengeluarkan belanja sendiri. Semuanya gara-gara tiada wang disalurkan.
Keputusan ini sangat-sangat menindas kami, pensyarah IPG. Kami menjalankan tugas kerajaan dipaksa mengeluarkan wang sendiri. Sedang dalam masa sama, pemimpin menabur duit kepada projek-projek terbengkalai oleh pihak swasta. Kami tidak halang usaha itu, tetapi jangan menindas kami yang menyokong kerajaan.