Kepada Pengendali e-Perjawatan BPG. Saya telah memasuki e-Perjawatan beberapa hari lepas. Ada sedikit kesukaran kerana kekeliruan pada butang mana perlu diklik. Saya ada beberapa idea untuk penambahbaikan.
Pertama, gambar yang diupload didapati tidak kekal pada ruangan disediakan, walaupun telah diklik butang 'kemas kini.' apabila disemak pada hari lain, didapati gambarnya hilang dan tidak kelihatan. Bolehlah tuan membaiki agar gambar yang dimasukkan kekal selamanya.
Kedua, tiada ruangan sumbangan kepakaran, sebagaimana ruangan Kokurikulum. Ramai kakitangan BPG / IPG yang memberi syarahan atau membentang kertas kerja di seminar. malangnya, tiada ruangan kursus untuk dimuatkan sumbangannya itu.
Ketiga, perbanyakkan ruangan penulisan yang meliputi penulisan ilmiah / kajian, penulisan artikel, penulisan kreatif, dan buku yang diterbitkan.
Cadangan kedua dan ketiga itu menggambarkan IPG sebagai institusi ilmu, bukannya institusi latihan biasa.
Keempat, butang logout sukar dicari menyebabkan penggunakan tidak logout setelah memasukinya.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan