Sabtu, 7 Januari 2012

DG 48

Ramai pensyarah IPG rasa kecewa dengan pengumuman fasal 3 berkenaan kenaikan pangkat one-off dari DG44 ke DG48. Ada pensyarah yang berkhidmat lebih 10 tahun dinafikan hak mereka daripada menikmati kenaikan tersebut. Lebih kecewa lagi apabila ada pensyarah yang baharu berkhidmat di IPG pada tahun 2008 dapat menikmati kenaikan tersebut. Hal ini berlaku di seluruh IPG di seluruh negara.

Alasan yang diberikan oleh pengarah IPG ialah (1) urusan kenaikan DG44 ke DG48 dibuat oleh JPA, (2) Pihak IPG tidak mengetahui kriteria yang digunakan oleh JPA bagi urusan tersebut, (3) arkah prestasi yang diberikan oleh pihak pentadbir ialah 90 % ke atas, (4) IPG tidak berkuasa langsung dalam urusan kenaikan pangkat one-off ini.

Apapun alasan, bagi pihak pensyarah yang terlibat, ia amat mengecewakan. Mereka rasa dianaktirikan dan IPGK dan IPGM tidak telus, serta tidak mempedulikan nasib dan perkhidmatan mereka.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku, dan IPGM perlu adil terhadap kakitangan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan